Kamis, 25 Januari 2018

TUJUH TINGKATAN NAFSU MANUSIA.

1. NAFSU AMARAH.
Hati yg kotor & slalu berbuat mazmumah (kejahatan).

Orang yg bernafsu Amaroh:

“Sesngguhnya nafsu amaroh itu selalu menyuruh berbuat kejahatan”.
(Yusuf, ayat:53).

"Bahkan mereka itu hendak berbuat maksiat terus menerus".
(Al-qiyamah, ayat:5).

“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya, & bagi mereka siksa yg pedih, disebabkan mereka berdusta”.
(Al-baqoroh, ayat:10).

"Tidakkah engkau perhatikan orang2 yg mengambil hawa nafsunya (nafsu amaroh) menjadi Tuhannya dan dia disesatkan Allah krn Allah mengetahui (kejahatan hatinya & kadarnya) lalu ditutup Allah pendengarannya (telinga batin), dan hatinya (mata hatinya) dan tetap tertutup".
(Al-jaashiah, ayat:23).

"Maka siapakah yg akn memberinya petunjuk sesudah Allah membiarkannya sesat. Maka mengapa kamu tdk mengambil pelajaran?”

"Dan apabila Kami berikan nikmat kpd manusia, ia berpaling & menjauhkan diri, tetapi apabila ia ditimpa malapetaka maka ia bnyak berdoa".
(Fushilat, ayat:51).

"Akan dicampakkan ke dlm neraka jahannam dr golongan jin & manusia, mereka mempunyai hati tapi tdk dipergunaknnya utk memahami (ayat2 Allah), mereka mempunyai mata tapi tdk dipergunaknnya utk melihat (tanda2 kekuasaan Allah) & mereka mempunyai telinga tapi tdk dipergunaknnya utk mendengar (ayat2 Allah). Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan lebih hina lagi. Mereka itulah orang2 yg lalai".
(Al-a'rof, ayat:179)

Di antara sifat-sifat orang yang mempunyai nafsu ammarah ini yaitu :

a. Selalu tergoda kepada godaan nafsu dan syaitan. Nafsu ammarah sentiasa menyuruh seseorang itu melakukan kejahatan sama ada ia faham perbuatan itu jahat atau tidak.

b. Tidak merasa duka atau sesal atas perbuatan jahatnya, malah perasaannya lega dan gembira. Contohnya, bila tertinggal solat, hatinya tidak rungsing dan kesal sedikit pun, bahkan kadang-kadang merasa gembira dan senang hati.

c. Terlalu gembira bila mendapat nikmat dan berputus asa bila ditimpa bala dan kesusahan.

d. Sifat-sifat yang terbit dari benih nafsu ammarah ini ialah bakhil, tamak dan haloba akan harta dunia serta terlalu cintakan keduniaan, panjang angan-angan, sombong, takabur, sukakan kemegahan, ingin namanya terkenal dan masyhur, hasad dengki, dendam kesumat, khianat dan niat jahat, lalai terhadap Allah dan lain-lain sifat mazmumah bersarang di hatinya.

Jika seseorang itu mendapati di hatinya ada salah satu sifat tersebut, ini tandanya dia termasuk dalam golongan bernafsu ammarah, iaitu serendah-rendah darjat dan sejahat-jahat nafsu dalam Tasawwuf. Orang berilmu atau tidak berilmu boleh saja terjebak dalam golongan ini kerana nafsu lebih menguasai diri.  Jika tidak bertaubat, golongan ini akan mendapat azab yang pedih di akhirat nanti.

2. NAFSU LAWWAMAH.
"AKU bersumpah dgn nafsu lawwamah (jiwa yg amat menyesali dirinya)".
(Al-qiyamah, ayat:2).

“Apabila Allah menghendaki kebaikan kpd seseorg, maka Allah akan menjadikan utknya penasihat dari hatinya sendiri (yaitu nafsu Lauwwamah)".
(Hadis Nabi Saw).

"Dan sungguh jika kamu mengikuti mereka (dorongan jahat/ khatar setan) setelah datang ilmu (isyarat nafsu lawwamah) kpd mu, maka sungguh kamu termasuk dlm golongan orang2 yg zalim".
(Al-baqoroh, ayat:145).

"Dan sungguh jika kamu mengikuti mereka (dorongan jahat/ khatar setan), setelah ilmu diperolehi (datang kpd mu) maka Allah tdk lagi menjadi pelindung & penolong bagimu".
(Al-baqoroh, ayat:120).

Di antara sifat-sifat orang bernafsu lawammah ialah :

a. Mencela kesalahan diri sendiri.


b. Selalu berfikir (bertafakur) mengenang dosa dan keburukannya.


c. Rasa takut bila rasa bersalah apabila melakukan dosa dan kejahatan.


d. Mengkritik terhadap apa jua yg dikatakan kejahatan.


e. Mudah merasa riya’ iaitu hendak menunjuk-nunjuk kepada orang lain apabila membuat kebaikan.


f. Mudah merasa sum’ah, iaitu ingin mmperdengarkan atau memberitahu atau menghebahkan kepada orang lain sesuatu kebajikan yg dibuatnya supaya mendapat pujian orang.


g. Mudah juga merasa ujub, iaitu perasaan dalam hati yang merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain, walaupun pada zahirnya ia menunjukkan sifat tawadhu’ atau tidak mahu terkenal atau pemurah. Sifat ini yang paling sukar dihapuskan.


h. Sifat-sifat mazmumah yang lain dalam hati masih tidak mampu dilawan dan sedang menguasai hatinya.

Tahap nafsu lawwamah terdapat pada kebanyakan orang awam yang zahirnya kelihatan lebih baik daripada orang jahat. Orang yang bernafsu lawammah belum terjamin syurga untuknya, kecuali jika mendapat keampunan dan rahmat Allah s.w.t.

Oleh itu, jalan selamat bagi orang mempunyai nafsu lawwamah ini ialah dengan sentiasa bergaul dengan oran-orang baik dan sentiasa berada dalam lingkungan (suasana) yang baik. Ia hendaklah menjauhi kawan-kawan dan suasana yang tidak baik kerana hatinya mudah tergoda, terpengaruh dan terikut-ikut dengan kejahatan dan kemaksiatan.


Di antara langkah yang boleh dilakukan bagi memperbaiki nafsu ini supaya meningkat kepada nafsu yang lebih tinggi (bukannya menurun ke nafsu ammarah) ialah :


a. Belajar dan berusaha utk melatih diri bermujahadah bagi melawan hawa nafsu dengan cara menanamkan rasa benci kepada maksiat dan menanam rasa cinta kepada kebajikan dan majlis-majlis ilmu.


b. Melakukan zikrullah supaya hati lebih lembut.


c. Berdoa bersungguh-sungguh memohon pertolongan Allah untuk memudahkan ia melawan nafsunya.


d. Dapatkan  guru mursyid.

3. Nafsu Mulhamah/sawiyah.
Nafsu yg dpt menyingkirkn sebahagian besar drpd sifat2 yg keji.

"Demi nafsu (manusia) & kesempurnaan (kejadian) maka Allah mengilhamkan kpd nafsu itu jalan kefasikan & ketakwaan. Sungguh beruntunglah orang yg menyucikan nafsunya & rugilah orang yg mengotorinya".
(Asy-syams, ayat:7-10).

Nafsu Mulhamah menjadi sifat2 tenang, lapang dada, walaupun bisa muncul lagi sifat2 Mazmumah.

Di antara sifa-sifat orang yang bernafsu mulhamah ini ialah :
a. Tidak sayangkan harta, tidak sayangkan dunia.
b. Merasa cukup dengan kurniaan Allah (sifat qanaah).
c. Mendapat ilmu laduni dan ilham.
d. Timbul perasaan merendah diri kepada Allah (sifat tawadhu’).
e. Taubat yang benar-benar (taubat nasuha).
f. Tahan menanggung kesusahan dan mempunyai sifat-sifat terpuji (mahmudah) yang lain.


Orang yang berada pada martabat ini mulai masuk ke sempadan makam wali dan mulai mencapai fana yang menghasilkan makrifat dan hakikat (syuhud).


Namun begitu, sifat-sifat baik (mahmudah) sama ada zahir atau batinnya belum benar-benar berakar umbi dengan teguh dalam diri dan hatinya. Oleh itu, ia perlu menjaganya dgn mengawal diri dan hatinya serta perlu meningkatkan mujahadah dan meningkatkan amalan solehnya. Ujian ke atasnya sentiasa ada dan sekiranya ia tidak berjaga-jaga dan lengah nanti Allah akan mencabut kembali maqam itu dan turun balik ke maqam nafsu lawwamah.


4. NAFSU MUTMAINAH.
Nafsu yg bisa merasakan ketenangan hidup, tdk ada perbedaan senang & susah pada org yg mencapai nafsu Mutmainah.
Ia adalah Wali Kecil yg bisa menggunakan mata & pendengaran batin utk mendapatkan ilmu-ilmu rahsia dari Allah.

Pada nafsu Mutmainah sdh merasakan kenikmatan surga.

"Hai jiwa yg tenang (nafsu mutmainah), kembalilah kamu kpd Tuhanmu, dgn hati ridho lagi diridhoi-Nya. Maka masuklah kamu ke dlm jama'ah hamba2-Ku. Dan masuklah ke dlm surga-Ku".
(Al-fajr, ayat:27-30)

Di antara sifat-sifat yang dimiliki oleh orang yang bernafsu mutmainnah :
a. Murah hati dan tidak lekat wang di tangan kerana bersedekah.
b. Tawakkal yang benar.
c. Arif dan bijaksana.
d. Kuat beribadah.
e. Syukur yang benar.
f.  Redha atas segala hukuman/bala Allah.
g. Taqwa yang benar dan sifat-sifat terpuji (mahmudah) yang lain.

5. Nafsu RODIAH.
Nafsu yg menimbulkn gelora cinta melebur bersama Zat Allah. Ia Hanya memandang & menyaksikan sesuatu bhw tiada suatu yg wujud melainkan wujud Allah semata.

"Di manapun dia menghadap, maka disitulah wajah Allah".
(Al-baqoroh, ayat:115).

Nafsu yg ridho bhw hanya Allah-lah penguasa kerajaan langit & bumi. Dan zikirnya selalu zikir Khafi. Mereka bisa berhubungan dgn seluruh Nabi & Rasul dan para auliya’.

Zikir Khafi adalah zikir rahsia, zikirnya para Nabi & Rasul. Yaitu berzikir dgn seluruh anggota badannya, kulitnya berzikir, dagingnya berzikir, darahnya berzikir, tulangnya berzikir, setiap tarikan nafasnya adalah zikir.

Alam di sekeliling mereka laksana cermin. Apabila melihat alam ia ‘nampak’ (teringat atau terasa) akan Allah. Hal itu berlaku setiap ketika. Makam ini juga disebut sebagai makam musyahadah dan telah mencapai sifat ‘al-ihsan’.

Sifat-sifat mahmudah yang terbit dari nafsu radhiah ialah zuhud, ikhlas, wara’, meninggalkan perkara-perkara yang bukan urusannya, memelihara hukum-hakam Allah s.w.t.dan lain-lain sifat kerohanian yang tinggi.
6. NAFSU MARDIAH.
yaitu segala yg keluar darinya semuanya telah diridhoi Allah, krn ia telah tenggelam dalam Fana’ Baqabillah.

Nafsu Mardiah berpegang pd pengertian:

“Apa yg di sisimu akan lenyap, dan apa yg ada di sisi Allah adalah kekal”.
(An-Nahl:96).

Zikirnya adalah zikir rahsia, tdk lagi ada ucapan lidah maupun hati, tapi seluruh anggota zahir & batinnya mengucapkn dgn zikir rahsia yg didengar oleh telinga batin di Maqom Tanaffas. Mereka berzikir kpd Allah sambil berdiri, sambil duduk & dlm keadaan berbaring, dan menjelajahi seluruh alam smpai mencapai Arsy.

Fana’ Baqabillah yaitu:
"Memandang yg satu kpd yg bnyak, yaitu semua Allah semata.

Di antara sifat orang yang bernafsu mardhiah :
a. Elok dan tingginya budi atau kesusilaan orang ini umpama nabi-nabi.
b. Lemah-lembut dalam pergaulan masyarakat sebagaimana perangai nabi-nabi.
c. Sentiasa ghairah untuk berdamping dan beribadah kepada Allah s.w.t.
d. Sentiasa berfikir akan kebesaran Allah s.w.t.
e. Redha dan rela dengan apa-apa pemberian Allah s.w.t. dan lain-lain sifat terpuji (mahmudah).


7. NAFSU KAMALIAH.
Ialah tingkatan langit tertinggi, nafsu yg manjadikan manusia sbg Insan ‘Kamil Mukamil’, yaitu manusia yg sempurna dari yg sempurna.

"Wahai Zat yg membolak- balikan hati, tetapkanlah hati kami dlm agamamu.
(Hadis).

"Sesngguhnya hati itu berada diantara dua jari Allah. Allah akn membolak- balikan sesuka-Nya".
(Hadis).
Setiap perlakuan orang yang berada pada maqam nafsu ini benar-benar mengikuti keredhaan Allah dan tidak pernah terdorong oleh hasutan nafsu dan syaitan kepada kejahatan dan kemaksiatan.

Cinta, ingatan dan kerinduannya hanya tertumpu pada Allah, tidak pernah putus walaupun sekejap.

 para Rasul, para Nabi dan Wali Allah bisa sampai ke taraf nafsu kamilah. Orang soleh, pejuang kebenaran dapat menuju ke tingkat nafsu yang tinggi itu dengan proses mujahadah yang bersungguh-sungguh.



catatan kecil Soal diri

LAA MAUJUD ILLALLAH "Tiada yang wujud kecuali Allah" LAA MAQSUD ILLALLAH "Tiada tujuan kecuali hanya ...